PERSALINAN busana pengantin rekaan Shanell Harun bukan sahaja menyerlahkan pesona si pemakai, tetapi turut mempunyai keistimewaan dan daya tarikan tersendiri.
Begitu juga dengan gaun raja sehari yang digayakan pelakon Kilafairy yang meraih pujian warga maya.
Dalam video yang dimuat naik dalam TikTok itu, rata-rata bukan saja memuji rekaan baju tersebut, tetapi turut meluahkan hasrat untuk melihat Kilafairy mendirikan rumah tangga.
Bahkah ada juga yang memuji wajah Kilafairy berseri-seri persis bakal pengantin.
Mungkin itu satu petanda buat Kilafairy untuk segera mendirikan rumah tangga. Biarpun sebelum ini dia pernah mengatakan selesa hidup sendiri, tetapi siapa tahu rahsia jodoh.
Apa-apa pun, Diva mendoakan yang terbaik buat Kilafairy. Semoga dipertemukan dengan pasangan membahagiakannya dunia akhirat.
Diva: Harap Lufya segera dapat selesaikan kejadian gangguan mistik yang berlaku ke atas anak perempuannya.