Peminat terkilan 2NE1 tak singgah Malaysia

“MEMANG Malaysia tiada dalam peta. Kami sudah biasa artis antarabangsa ‘skip’ (langkau) negara kami.”

Demikian luahan peminat kumpulan 2NE1 Malaysia yang kecewa apabila negara ini tidak tersenarai dalam konsert jelajah reunion mereka.

Difahamkan, kumpulan yang menganggotai empat penyanyi itu bakal singgah di enam bandar Asia seperti Bangkok, Taipei, Hong Kong, Singapura, Manila dan Jakarta.

Sebelum ini, pihak agensi 2NE1, YG Entertainment mengumumkan kumpulan itu akan membuat kemunculan semula menerusi konsert jelajah dunia yang akan berlangsung di banyak negara.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok