Pelakon terkenal, Nur Fazura telah memohon untuk bercerai secara baik daripada suaminya, pelakon, Fattah Amin.
Itu merupakan permohonan yang difailkan oleh Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari, Jumaat lalu.
Menurut sumber, permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Tarikh sebutan permohonan cerai secara baik itu masih belum ditetapkan.
Ketika ini tidak dapat dipastikan sama ada Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, telah melantik peguam syarie ntuk mewakili dirnya dalam permohonan cerai itu.
Selain itu, sumber turut menyatakan, peguam syarie yang mewakili Fazura kini berada di luar negara dan hanya akan membuat kenyataan apabila pulang ke tanah air kelak.
Minggu lalu, media melaporkan Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin pagi ini di Mahkamah Syariah Petaling.
Perkara itu telah disahkan sendiri oleh pengurus Fazura iaitu Iman Tang sewaktu dihubungi.
Sebelum ini, status rumah tangga pasangan itu sering menjadi sorotan selepas timbul dakwaan keharmonian mereka diganggu orang ketiga.
Susulan itu, pasangan itu juga sudah lama tidak kelihatan bersama mahupun saling berkongsi foto di mana-mana platform media sosial. Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak, Nur Fatima Aisya, 3. – HIBGLAM