TIADA angin tiada ribut, nama pelakon Han Ji-min meledak dalam media sosial apabila didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka berusia lebih muda 10 tahun iaitu penyanyi Choi Jung-hoon.
Menurut sebuah laporan, cinta wanita berusia 42 tahun itu mula berputik pada Ogos tahun lalu dan dikongsikan menerusi program online, The Seasons : Choi Jung Hoon Night Garden.
Enggan khalayak terus berspekulasi, pihak pengurusannya, BH Entertainment bagaimanapun tampil mengulas mengenai perkara itu dan menafikan status hubungan pasangan itu.
Peminat bagaimanapun meminta agensi pasangan itu segera membuat kenyataan rasmi kerana kemesraan mereka di hadapan umum seperti sukar dibendung lagi.
Sebelum ini, netizen mula menghidu hubungan mereka ketika berkongsi pentas menyanyikan sebuah lagu berjudul A Thought on an Autumn Night menerusi platform YouTube.
Mereka juga dilihat mesra ketika sesi latihan dendangan lagu itu. – HIBGLAM