Tabiat pelik bintang Korea Selatan ketika mabuk

KALAU sebelum ini, Daebak pernah menyenaraikan beberapa selebriti yang berdepan kemusnahan karier akibat minuman keras tetapi kali ini sedikit berbeza. 

Alkohol adalah minuman biasa di Korea Selatan sehingga umpama seperti rutin bagi golongan dewasa ketika bersantai.

Apabila mengambil minuman keras, segelintir individu akan menjadi mabuk dan bertindak di luar kawalan.

Jadi, kali ini Daebak membawakan paparan tabiat pelik artis K-pop semasa mabuk yang tidak diketahui umum. 

  • Hyorin Sistar

PENYANYI Hyorin sangat terkenal sebagai seorang peminum tegar alkohol, namun tetap kekal dengan imej yang berkarisma. 

Ramai yang membayangkan tabiat mabuknya menunjukkan personaliti yang sangat kuat. 

Bagaimanapun, dia mendedahkan bahawa dia cenderung berubah menjadi orang yang  berbeza.

Anggota kumpulan Sistar itu mendedahkan, perubahan sikapnya ketika mabuk biasanya berubah secara berperingkat-peringkat iaitu pada awalnya menjadi lebih lembut dan ramah, kemudian suaranya, ekspresi wajah, corak pertuturan dan akhirnya semua tingkah lakunya akan berumah dengan ketara.

  • Jin BTS

SIAPA sangka di sebalik wajah comel rupa-rupanya penyanyi kumpulan BTS iaitu Jin mempunyai tabiat yang agak pelik ketika mabuk. 

Pemilik nama lengkap Kim Seok-jin itu rupa-rupanya suka menyandarkan badannya kepada orang lain. 

Bukan itu sahaja, dia akan melakukan aegyo atau aksi comel yang tidak disedarinya. 

  • Kang Seung-yoon Winner 

TANPA disangka, penyanyi kumpulan Winner iaitu Kang Seung-yoon juga seorang yang suka mengambil minuman keras. 

Perkara tersebut didedahkannya dalam rancangan Video Star. 

Biarpun sedang mabuk, Seung-yoon tetap menyedari persekitaran dan tidak mengganggu orang lain, jadi dia akan meminta maaf tanpa henti sepanjang mabuk.

Peminat menganggap tindakan jejaka berusia 30 tahun itu sebagai orang tinggi adab kerana masih memikirkan orang sekeliling.

  • Kwanghee ZE:A

Meskipun mempunyai toleransi alkohol yang rendah, penyanyi Kwanghee tetap mempunyai perangai unik sewaktu mabuk. 

Perkara tersebut didedahkan penyanyi anggota kumpulan ZE:A itu dalam rancangan realiti Lobe Pawnshop. 

Dia bukan sahaja melupakan apa yang sudah berlaku, malah sewaktu mabuk dia akan bercakap apa sahaja yang terlintas dalam fikirannya. 

  • Xiumin EXO 

SELAIN Jin, penyanyi kumpulan EXO iaitu Xiumin juga mempunyai perangai pelik ketika minum alkohol berlebihan. 

Perkara tersebut didedahkan  anggota kumpulannya, Beakhun dalam rancangan realiti The Cultwo Show.

Beakhyun berkongsi bahawa pemilik nama lengkap Kim Min-seok itu akan meluahkan pemikirannya dan mengulangi perkara sama berkali-kali.

Rakan lain ketawa terbahak-bahak bersetuju sambil menyatakan Xiumin sanggup memegang seseorang untuk bercerita perkara sama.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok