Seo Ye-ji sedia kembali aktif berlakon

DUA tahun berehat setelah ‘terseret’ dengan pelbagai kontroversi, pelakon Seo Ye-ji mengakui dirinya kini sudah kuat dan bersedia untuk kembali aktif dalam industri hiburan Korea Selatan.

Kata aktres berusia 34 tahun itu, dia percaya bakat yang dimilikinya itu tidak patut disia-siakan dan memohon orang ramai untuk memberinya peluang sekali lagi.

Saya baru sahaja menandatangani kontrak eksklusif dengan Sublime, moga ini permulaan untuk saya memulakan semula kerjaya seni,” tulisnya ringkas dalam media sosial.

Sebenarnya, sudah banyak kali dia mencuba nasib untuk kembali meledak dalam industri, namun bertemu jalan buntu.

Sebelum ini selepas terpalit kontroversi dengan teman lelaki, Seo Ye-ji membuat kemunculan semula pada tahun 2022 dengan drama Eve tetapi rancangan terbabit gagal malah diboikot netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok