[VIDEO] Rindu cara dia gelak, bergurau – Abang Nidza Afham

ABANG sulung Allahyarham Nidza Afham, iaitu Muhammad Nidza Irfan, 33, mendedahkan menemui ‘folder’ dalam komputer riba adiknya yang mengandungi makna bacaan dalam solat.

Menurut Irfan, sejak kebelakangan ini, arwah banyak bertanya tentang persediaan untuk menjadi suami.

Semenjak dia bekerja dengan saya, dia mula bertanya di mana tempat boleh menyimpan duit untuk pelaburan.

“Dia juga sedang mencari-cari lokasi menarik untuk majlis resepsi.

Disebabkan dia dalam persiapan untuk menjadi seorang suami, saya lihat dalam komputer ribanya ada ‘folder’ khas yang memuatkan makna-makna dalam solat. Mungkin dia nak solat lebih khusyuk. Dalam telefon bimbitnya juga ada,” katanya ketika ditemui usai selesai majlis pengebumian, di sini, semalam.

Dilihat gagal menahan sebak saat adiknya disemadikan sehingga terpaksa ditenangkan oleh ibunya, kata Irfan dia akan merindui gurau senda adik kesayangannya itu.

Saya akan rindu cara gelak dia. Cara dia bergurau. Dia suka tambah minyak kalau kita gurau adik-beradik.” katanya dalam nada sebak.

Tambahnya lagi, dia sekeluarga reda dengan pemergian Afham dan akan cuba sedaya upaya untuk terima kehilangan besar itu dan hanya akan mengingati memori indah bersama.

Semua memori yang ditinggalkan oleh arwah indah-indah belaka. Memori indah itu kami tak akan tukar kepada memori sedih,” ujarnya.

Terdahulu semalam Allahyarham Nidza Afham Mokhtar, 23, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam kira-kira jam 6.45 petang semalam.

Polis mengklasifikasikan kes Nidza sebagai mati mengejut (SDR). – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok