MESKIPUN sudah berumah tangga, pelakon Datin Seri Maria Farida mendedahkan masih dihujani gangguan nakal lelaki muda.
Maria atau nama penuhnya Maria Farida Atienza, 55, berkata, sebagai seorang isteri, dia tidak tergugat dengan segala godaan tersebut sebaliknya masih setia bersama suami tercinta, Datuk Seri Rahman Sakur.
“Selalu juga diganggu dan memang ramai lelaki yang mencuba nasib menerusi platform media sosial.
Namun saya masih bahagia dengam rumah tangga dan apa yang ditawarkan langsung tak sama dengan apa yang suami berikan.
“Saya bahagia dan tak perlukan semua itu,” katanya kepada HibGlam.
Katanya lagi, dia tidak membalas pelawaan tersebut kerana menganggapnya sebagai satu gurauan.
“Saya abaikan sahaja semua itu dan sudah biasa dengan gangguan sebegitu.
Biasalah mereka nak ajak ‘dating’, kahwin dan saya hanya gelak sahaja baca semua itu,” ujarnya.
Untuk rekod, Maria mendirikan rumah tangga dengan Rahman pada November 2015 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sebelum perkahwinan dengan Rahman, Maria pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang anak lelaki.
Terdahulu, penampilan pelakon drama Astana Idaman itu kerap menjadi bualan ramai dan digelar ‘vampire’ kerana wajah tidak dimamah usia. – HIBGLAM