266
PEMINAT K-drama pasti merindui susuk pelakon Nam Da-reum yang sudah dua tahun menyepi.
Baru-baru ini, pihak agensinya, BAA memuat naik foto profil terbaharu Da-reum sekali gus mengumumkan pelakon terbabit bakal kembali aktif berlakon.
“Dengan adanya foto profil ini, Nam Da-reum akan memulakan kerjaya lakonanya dengan bersungguh-sungguh.
“Kami berjanji akan menunjukkan kepada orang ramai perjalanan baharunya sebagai pelakon melalui perkongsian dengan syarikat hiburan luar negara sebagai selebriti global,” kata pihak BAA.
Rata-rata peminat berpendapat pelakon berusia 22 tahun itu kelihatan lebih matang dan dewasa lebih-lebih lagi selepas menamatkan perkhidmatan tenteranya pada Ogos tahun lalu. – HIBGLAM