Mana-mana Tuhan nak bagi, aku okey – Naim Daniel

JODOH dan ajal semuanya di tangan Tuhan, sepertinya itu yang cuba diketengahkan Naim Daniel menerusi sebuah video yang dikongsi dalam TikTok baru-baru ini.

Dalam video tersebut, pelantun lagu Sumpah itu dilihat mendukung seorang kanak-kanak selain menyerahkan perihal jodoh sepenuhnya kepada aturan Tuhan.

“Mana-mana yang Tuhan nak bagi, aku okey sahaja,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Video tersebut seterusnya meraih perhatian ramai, malah dititipkan doa daripada netizen yang berharap Naim dipertemukan jodoh kelak.

Bukan hanya doa, ada juga yang turut berkongsi situasi sama seperti Naim.

“Ingatkan saya sahaja yang mengalami situasi sama. Kalau tiada jodoh, berserah sahaja.

Tak mengapa Naim, nanti akan ada jodoh yang Tuhan hadirkan. Buat masa sekarang, jadilah pak cik yang baik sahaja,” komen netizen.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok