176
PADA usia 37 tahun, pelakon Lee Min-ho sudah mula terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya dan membina sebuah keluarga bersama wanita pilihan.
Pelakon drama The Heirs itu masih mempertimbangkan perkara tersebut dengan serius memandangkan usianya kian meningkat.
Apabila saya memandang ke hadapan untuk 15 tahun akan datang, saya sedang berusaha mencari sesuatu yang berlawanan.
“Ini mungkin berkaitan dengan perkahwinan atau mempunyai anak.
Bukannya saya ingin berkahwin sekarang tetapi sudah tiba masanya untuk saya mempertimbangkan tentang perkara ini dengan serius,” katanya dalam sebuah sidang akhbar. – HIBGLAM