Kes saman fitnah Puteri Sarah, bekas kakak ipar Kazar selesai cara baik

Tidak mahu memanjangkan kes, pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan secara baik kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur.

Peguam mewakili Sarah atau Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, Datuk Akberdin berkata, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif bersama defendan.

Ketika prosiding berlangsung, bekas menantu pelakon Kazar Saisi itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sarah.

Saya Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan meminta maaf atas hantaran Instagram yang dibuat pada 24 Ogos 2023,” katanya.

Dalam draf pernyataan, peguam turut memaklumkan, pihak defendan dan plaintif bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi maklumat mengenai antara satu sama lain di mana-mana platform media sosial.

Ketika prosiding berlangsung, bekas kakak ipar Ira kazar bernama Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sarah. – SYAKIR RADIN

Dalam masa sama, Wiwi perlu buat permohonan maaf secara terbuka dalam Instagram untuk tatapan umum dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini.

September tahun lalu, Puteri Sarah menerusi Instagram memuat naik penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Dalam kenyataan tersebut, Wiwie dikatakan menjaja cerita tidak benar tentang Sarah berhubung keputusan pelakon itu menarik saman terhadap Ira Kazar.

Penyata tuntutan itu dibuat menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu. – HIBGLAM

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok