“Umi reda dan doakan anak syurga umi.”
Demikian kata ibu Allahyarham Nidza Afham iaitu Irni Yusnita, 54, yang reda dengan pemergian anak kelimanya ditemui meninggal dunia berhampiran Sungai Klang, Klang semalam.
Meski diselubungi rasa sedih, Irni tetap bersyukur kerana jenazah putera kesayangannya itu dalam keadaan sempurna tampa sebarang kecederaan.
Ketika saya jumpa telefon dan dompet Afham, kami sudah ada rasa mungkin dia di bawah (dalam sungai).
“Jadi malam itu, selepas laporan polis, saya terus solat dan berdoa meminta Tuhan pulangkan Afham dalam keadaan sempurna seperti mana keadaan dia ketika dilahirkan.
“Jadi, apapun yang berlaku kepada Afham ketika ajalnya, saya sudah tidak peduli sebab Allah itu Satu, kalau ada yang berniat jahat, pasti ada balasan,” katanya kepada HibGlam selepas urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Irni mengakui berasa tenang selepas melihat keadaan jenazah Allahyarham yang tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dia juga berlapang dada sekiranya pihak polis mahu meneruskan siasatan lanjut mengenai kematian Nidza.
Tugas kita, adalah reda dan bersyukur serta hati saya betul-betul tenang apabila lihat raut wajah Afham ketika mandi, tiada satu pun anggota badan yang patah.
“Allah beri saya kesempurnaan itu seperti mana saya lahirkan dia, cukuplah.
“Tak mahu fikirkan itu sebab bukan kerja saya. Kalau mereka nak teruskan siasatan, silakan. Doakan anak syurga saya,” katanya lagi.
Hari ini, jenazah Allahyarham Nidza selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam di sini, sekitar pukul 6.45 petang tadi.
Terdahulu, pihak polis mengklasifikasikan kes Afham sebagai mati mengejut (SDR).
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat terhadap mayat pemuda berusia 23 tahun itu didapati tiada kecederaan fizikal.
Sebelum itu, segala urusan bedah siasat terhadap jenazah selesai dijalankan di Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam, Shah Alam hari ini. – HIBGLAM
View this post on Instagram