189
PENYANYI kumpulan Enhypen, Jay dilabel sebagai artis yang tidak peka dengan konflik Palestin apabila sengaja minum air Coca-Cola dalam siaran langsung baru-baru ini.
Coca-Cola merupakan antara jenama yang paling menonjol dalam senarai boikot bersama-sama jenama besar lain.
Susulan kejadian, peminat menegur tindakan pemilik nama lengkap Park Jong-seong itu agar lebih berhati-hati dan memohon maaf atas tindakannya.
“Jay dan Enhypen tolong jangan beli atau minum air dari Coca-Cola lagi. Mereka menyumbang kepada genosid di Gaza.
“Semoga awak lebih berhati-hati dan mohon maaf kepada semua atas apa yang telah berlaku,” kata peminat yang tidak puas hati dengannya. – HIBGLAM