GARA-GARA melakonkan babak seperti berada dalam syurga, pelakon Izara Aishah dikecam mempersendakan agama.
Seorang pengikutnya mempersoalkan tindakan Izara atau Izara Aishah Hisham, 32, mempertahankan pemain badminton perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia walaupun atlet itu bukanberagama Islam.
Melakonkan semula keadaan syurga, neraka memang tidak wajar. Nerakalah terutamanya.
“Dalam video ini, Zii Jia bukan muslim dan kita muslim. Adakah kita akan mempertahankan manusia yang kufur kepada Allah di syurga kelak?
“Sedangkan keluarga sendiri kita tidak pertahankan,” kata individu itu.
Pengguna aplikasi X turut meninggalkan gambar yang memperincikan tentang larangan melakonkan situasi di syurga dan neraka.
Pelakon filem Chikaro itu bagaimanapun dilihat tidak mengambil serius dengan kenyataan tersebut dan membalas seperti acuh tidak acuh.
Buat apalah layan budak-budak. Saya ada hati yang baik tetapi mulut ini belum cukup alim,” ujarnya.
Semalam, Izara memuat naik sebuah video melepaskan geram kepada pengamal media yang menggangu Zii Jia semasa dalam syurga.
Saya dalam syurga apabila nampak wartawan buat Zii Jia menangis,” tulisnya dalam video terbabit.
Perkara tersebut tercetus apabila Zii Jia menyatakan bahawa dia tertekan menjadi mangsa buli dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE