Idola K-pop hilang kumpulan kerana alkohol, dadah

JIKA dilihat dalam kebanyakan drama Korea, rata-rata pelakon sering melakonkan babak minum alkohol selepas pulang dari kerja.

Tabiat mengambil minuman keras bersama rakan sepejabat di kawasan umum merupakan budaya Korea Selatan.

Namun, minum alkohol tetap menjadi kesalahan apabila memandu. Bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri, memandu bawah pengaruh alkohol boleh membahayakan nyawa orang sekeliling.

Bukan itu sahaja, ramai selebriti berdepan kemusnahan karier akibat minuman keras. Daebak membawakan beberapa artis yang terpaksa hilang sebahagian karier natijah mabuk alkohol.

Heo Chan  – Victon

PADA September 2022, polis menangkap penyanyi Heo Chan yang memandu bawah pengaruh alkohol selepas minum bersama rakan-rakannya.

Bukan sahaja lesen keretanya ditarik balik dia juga menangguhkan semua aktiviti seni dan meninggalkan kumpulan Victon.

Meskipun Heo Chan meninggalkan kumpulannya, Victon tetap meneruskan konsert mereka yang dijadualkan pada 15 dan 15 Oktober 2022 dengan lima anggota sahaja.

Lim Youngmin – AB6IX

PADA 31 Mei 2020, penyanyi Lim Youngmin ditangkap atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Selepas itu, pihak labelnya iaitu Brand New Music mengumumkan bahawa Youngmin menarik diri daripada kumpulan AB6IX atas kesalahan dilakukan.

“Selepas berbincang secara mendalam dengan Youngmin dan atas kehendaknya sendiri, dia tidak lagi bersama AB6IX.

“Kami memohon maaf kepada peminat yang mungkin bimbang dengan berita mengejut ini,” ujar pihak label.

Cha Joo-hyuk – Co-ed

 

PENYANYI Cha Joo-hyuk telah didakwa atas tuduhan melanggar Akta Kawalan Narkotik pada tahun 2016 dan dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun enam bulan.

Dia yang memulakan kerjaya dengan nama pentas Kango iaitu selaku ahli kumpulan Co-Ed didakwa kerana merokok, mengambil ganja, ketamin dan ekstasi 13 kali di Korea dan Belanda.

Malah, dia juga didakwa kerana memukul dan mencederakan tiga pejalan kaki semasa memandu di bawah pengaruh dadah.

Memandangkan kesalahan tersebut dilakukan berulang kali, pihak polis mengesyaki dia mungkin tergolong dalam kategori penagih dadah.

Joo-hyuk terpaksa meninggalkan kumpulannya selepas berdepan dakwaan serangan seksual dan pengambilan dadah sehingga menukar nama pentasnya kepada Cha Joo-hyuk untuk meneruskan karier lakonan.

Kangin – Super Junior

PADA Oktober 2009, penyanyi Kangin bertembung dengan dua teksi dan melarikan diri dari tempat kejadian. Tidak lama selepas itu, dia berpatah balik ke lokasi kemalangan.
Alkohol dalam darahnya didapati melebihi had undang-undang dan dikenakan denda sebanyak 8 juta won (RM280,000).
Kemalangan tersebut berlaku disebabkan kecuaian pemanduan Kangin yang terjejas akibat mabuk. Dia cuma didenda 7 juta won (RM240,000) kerana kejadian tidak melibatkan kehilangan nyawa orang lain. Selepas berehat beberapa minggu, Kangen akhirnya mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Super Junior pada 2019 kerana enggan menjejaskan nama band.

Teo – DKB

SELEPAS ditangkap memandu dalam keadaan mabuk pada Oktober 2023, penyanyi Teo menarik diri daripada kumpulan DKB.
Atas kesalahan sama, lesen menandunya turut dibatalkan dan pihak agensinya, Brave Entertainment difahamkan tidak dapat menerima tindakan tidak bermoralnya.
“Artis syarikat kami, Teo ditangkap memandu dalam keadaan mabuk dan lesen memandunya ditarik balik.
“Kami memaklumkan kepadanya bahawa memandu dalam keadaan mabuk atas sebab apa pun adalah kesalahan yang tidak dapat diterima.
“Selepas perbincangan teliti,kami menerima pendapatnya untuk meninggalkan kumpulan supaya tidak menjejaskan nama baik DKB,” kata pihak Brave Entertainment. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok