KONSISTEN bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat, bentuk badan ‘fit’ milik anggota kumpulan APink, Eun-ji dilambung pujian netizen yang menyifatkannya sebagai wanita perkasa.
Semuanya bermula apabila idola berusia 30 tahun itu memuat naik beberapa keping foto di gimnasium yang menampakkan bahagian six pack dan saiz pinggang kecil.
Bersenam buat saya gembira,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Rata-rata netizen kagum dengan kesungguhan penyanyi terbabit yang tidak pernah kelihatan selekeh sejak daripada awal kemunculannya lagi.
Bukan mudah ya mahu dapatkan six pack, memang perlukan tahap disiplin yang tinggi, terima kasih Eun-ji beri saya inspirasi untuk kekal sihat,” komen netizen itu.
“Memang wanita perkasa, sudahlah berbakat, cantik dan sekarang mempunyai badan idaman setiap perempuan,” demikian komen seorang lagi netizen. – HIBGLAM