220
ANAK yang bertanding, ibu pula terlebih teruja!
Itu cukup menggambarkan video tular memaparkan Syatilla Melvin yang teruja memberi sokongan kepada anak lelakinya, Syeriv yang menyertai pertandingan lumba lari baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Syatilla yang hadir memakai baju berwarna putih melompat bersorak pada waktu hujan bagi memberi kata-kata semangat kepada anaknya.
Gelagat Syatilla itu membuatkan ramai netizen tidak kering gusi selain menyifatkannya sebagai ibu paling ‘supportive’.
“Mak Syeriv tak relaks, macam nak terbang!
Nasib baik mak dia tak berlari sekali masuk trek. Luculah Syatilla,” kata netizen.