BERPENAMPILAN seksi dengan tubuh kelihatan berisi, anggota kumpulan Twice, Nayeon dikecam teruk netizen selain dilabel gemuk dan tidak sedar diri.
Menerusi foto yang tular dalam media sosial, idola berusia 28 tahun itu memakai baju menampakkan bahagian perut dan berseluar denim pendek sewaktu membuat persembahan pada Waterbomb 2024 Music Festival awal Julai lalu.
Lebih menarik perhatian, foto-foto yang berjaya dirakam lensa kamera memperlihatkan jelas bonjolan perut buncit penyanyi berkenaan.
Tidak enak mata memandang, rata-rata netizen mengkritik penampilan mencolok mata itu selain menasihatinya untuk melakukan senaman.
“Tergamak pakai macam itu, macam tak sedar diri yang dia berisi, kita peminat pula jadi segan melihatnya,” komen netizen itu.
“Mana dia dapat keyakinan untuk tampil begitu.
“Saya rasa lebih baik dia turunkan berat badan dahulu sebelum membuat persembahan pentas,” memetik komen sinis netizen. – HIBGLAM