DIA memang seorang pencinta makanan dan perihal itu jelas dilihat menerusi perkongsian beberapa video dalam TikTok baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik, pelakon Diana Danielle dilihat mencuba pelbagai jenis makanan termasuk karipap, aiskrim dan agar-agar di Pantai Timur. Diana mencuri perhatian dan pujian ramai kerana reaksinya setiap kali menikmati makanan menyuntik keterujaan kepada penonton.
Meskipun hanya melakukan reviu sendiri, ramai yang meminta dia mula aktif dengan aktiviti tersebut dan membuka akaun TikTok baharu hanya untuk konten ‘food hunting’.
Suka betul tengok Diana setiap kali cuba makanan baru. Rasa sangat berselera!
“Diana tolong buat program atau travelog sendiri berkaitan makanan. Mesti ramai tengok,” pinta netizen. – HIBGLAM