SELEPAS melalui episod paling mencabar dalam hidup, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memberi bayangan mahu membuat kemunculan semula dengan imej yang lebih segar.
Aliff atau nama lengkapnya Mohammad Aliff Aziz, 33, berkata, dia kini berusaha mendapatkan kembali tubuh sasa seperti beberapa tahun dulu.
“Jangan silap lagi, saya akan kembali.
“Stronger and wiser (lebih kuat dan bijak), insya-Allah,” ujarnya dalam hantaran sama.
Hasrat aktor sensasi terbabit diluahkan menerusi Instagram Story dengan menunjukkannya klip video lama di sebuah gimnasium yang pernah dikongsi dalam TikTok.
Dalam paparan tersebut, penyanyi lagu Sayang Sayang yang mengenakan baju singlet hitam itu sedang menelek bentuk badannya di depan cermin.
Begitupun, tidak dapat dipastikan sama ada tujuan ingin kembali bertubuh sado sama ada disebabkan tuntutan watak dalam drama atau demi kepuasan diri.
Sebelum ini, pelakon asal Singapura itu teruk dihentam netizen susulan kontroversi kes khalwat dengan Ruhainies selain pergolakan rumah tangganya dengan Bella Astillah.
Pasangan yang dikurniakan dua cahaya mata itu bercerai pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun bergelar suami isteri.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. – HIBGLAM