SELAMAT hari lahir yang terindah Tun Dr Mahathir kesayangan kami.”
Demikian ucapan pelakon Rita Rudaini buat mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena genap usia 99 tahun hari ini.
Ucapan istimewa itu dititipkan Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48, menerusi Instagram miliknya.
Kami mendoakan semoga Tun sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT,” tulisnya lagi.
Menerusi hantaran sama, pelakon filem Mami Jarum itu turut memuat naik gambar pertemuan dengan tokoh terulung itu sekitar Mei lalu.
Menerusi pertemuan tersebut Rita bersama dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13, berpeluang bersemuka dan berbual dengan pemimpin tersohor itu.
Sementara itu tinjauan ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial turut mengucapkan selamat ulang tahun buat Tun M dan memuji ketulusan Rita.
Ini paling layak untuk dapat ikon ibu tunggal. Macam-macam dia rasa membesarkan anak.
“Selamat hari lahir Tun M. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik.
Memang bertuah dapat berjumpa dengan Tun M secara berhadapan. Semoga pertemuan itu menjadi ilmu yang bermanfaat,” komen netizen. – HIBGLAM