Kemunculan penyanyi Indonesia, Mahalini pada konsert Funtastic Day 2024 yang berlangsung semalam mencuri perhatian ramai apabila dikatakan penyanyi itu tampil dengan wajah ‘baharu’.
Wajah Mahalini, 24, dikatakan hampir tidak dikenali susulan bentuk hidungnya dikatakan lebih mancung berbanding sebelum ini.
Memetik laporan portal Suara.com, Mahalini juga dikatakan mengakui telah menjalani pembedahan selepas dinasihatkan doktor kerana tulang hidungnya bengkok yang boleh menyebabkan masalah sinus.
Bukan itu sahaja, dia yang muncul dengan dres berona hitam sambil mendendangkan lagu hitsnya dikatakan turut melakukan pembedahan pada bahagian kelopak mata.
Bukan hanya Mahalini, wajah suaminya, Rizky Febian turut menyorot perhatian ramai apabila bahagian hidung juga dikatakan kelihatan berbeza daripada biasa.
Kedua-duanya didakwa menjalankan pembedahan ketika berkunjung ke Korea Selatan pada Jun lalu.
Perkara tersebut seterusnya mengundang rasa kurang senang dan kecewa dalam kalangan netizen yang terkejut melihat bentuk hidungnya.
Bahkan, ramai berpendapat, wajah jelita semula jadi seorang wanita Bali yang dimiliki pelantun lagu Mati-Matian itu sudah hilang.
Boleh membuat pembedahan tetapi janganlah terlalu ketara sehingga kelihatan terlalu berbeza.
“Tolong kembalikan wajah Mahalini dan Rizky yang dulu!
“Ingatkan orang lain yang menyanyi di pentas, rupa-rupanya Mahalini. Hidungnya terlalu mancung!” komen netizen. – HIBGLAM