Manisnya Ozlynn sejak balik haji

SEMAKIN manis nampaknya Ozlynn yang juga isteri pelawak dan penyampai radio popular, Johan selepas tampil berhijab.

Perubahan itu dapat dilihat ketika pelakon terbabit diundang sebagai tetamu sebuah program hiburan selepas kembali dari Tanah Suci Mekah.

Memang jelas terserlah keayuan Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty dengan imej baharunya.

Walaupun memilih menjadi pengurus suaminya sebaik berkahwin, masih ramai peminat mengikuti perkembangan ibu enam anak itu.

Sejuk mata memandang. Demikian antara komen peminat yang turut mendoakan Hajah Ozlynn terus istiqamah.

Mizz Lahar pun tumpang seronok tengok perubahan ibu hebat ini yang boleh dijadikan contoh kepada muslimah lain untuk menjaga aurat dengan sempurna.

MIZZ LAHAR: Masih tak boleh hadam dengan luahan seorang pengendali acara yang terkejut pengurusan seorang artis letak harga RM70,000 untuk muncul dalam sebuah majlis.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok