Lisa dipuji PM Thailand

Tindakan anggota kumpulan Blackpink, Lisa menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharunya, Rockstar di Chinatown, Bangkok, meraih pujian Perdana Menteri Thailand, Sretta Thavisin apabila kawasan itu kini dibanjiri pelancong dari seluruh dunia.

Tetap ‘membumi’, Sretta turut meluahkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada idola berusia 27 tahun itu kerana tidak pernah melupakan asal usulnya meskipun sudah berstatus bintang terkenal dunia.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lisa kerana mengingati tanah airnya.

“Yaowarat (Chinatown) kini didatangi pelancong yang ramai, rata-ratanya dari China,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini, Lisa mencipta fenomena apabila video muzik (MV) single terbaharunya itu meraih 50 juta tontonan hanya dalam tempoh dua hari.

Lisa dilaporkan membayar RM2,500 kepada setiap peniaga di kawasan terbabit untuk menutup kedai lebih awal bagi menjalani penggambaran.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok