TERUJA sungguh peminat pempengaruh sensasi, Kasih Iris Leona sebaik bertebaran berita dia bakal tampil dalam sebuah drama bersiri terbitan Zeel Production.
Selepas mencuit hati netizen dengan gelagat bersahaja dalam laman sosial, kemunculan gadis berusia 25 tahun itu di televisyen dijangka memperkukuhkan lagi namanya.
Cuma di celah-celah komen positif dalam hantaran Instagram ayahnya, Azhar Sulaiman, muncul pula individu yang mempertikaikan kredibiliti Leona.
Individu terbabit menganggap pensohor media sosial itu didatangi tawaran syarikat produksi terbabit hanya disebabkan statusnya sebagai anak pelakon popular.
Begitupun, dengan pantas Azhar menyangkal tuduhan itu, sebaliknya mengakui dia yang menjadikan Leona sebagai kabel hingga mendapat tawaran daripada produser berkenaan.
Menikam ke jiwa betul pengakuan Azhar, semakin dia menumpang populariti anak sendiri pula.
MIZZ LAHAR: Ramai sebenarnya anak artis yang berbakat besar!