MINGGU ini, bertalu-talu cerita tentang Adira dan Datuk Red yang kini kata mereka sedang hangat bercinta selepas tamat tempoh idah.
Tak berhentilah cerita tentang mereka tular dalam media sosial. Ada sahaja kenyataan baharu muncul, apatah lagi kedua-duanya memang hampir setiap hari muncul bersama dalam siaran langsung TikTok.
Memang ramai yang seronok dan syukur melihat hubungan mereka kembali pulih tetapi ada juga mendakwa semua itu hanya gimik untuk melariskan produk yang dijual.
Bagi Diva, apa yang difikirkan netizen itu tidak salah pun sebab semuanya memang berlaku tiba-tiba. Iyalah, sebelum ini seperti berkeras tak akan bersama kembali, tiba-tiba bercinta pula.
Mungkin ini yang dikatakan ketentuan Tuhan, semakin jauh ditolak, semakin merapat.
Harapnya hubungan yang dijalin ketika ini kekal baik sehingga Aidilfitri tahun depan. Iyalah katanya nak kahwin selepas hari raya tahun 2025. Semoga semuanya dipermudahkan dan dijauhi daripada segala anasir jahat. – HIBGLAM
DIVA: Padat sungguh jadual hujung minggu bulan Ogos, banyak konsert berskala besar!