“Awak guna ‘Eye Mo’ atau air mata original?”
Demikian sindiran halus pelakon Puteri Sarah terhadap video Bella Astillah menangis ketika menjayakan satu babak dalam sebuah drama seakan ditujukan kepada Ruhainies.
Video yang menggunakan latar belakang lagu Mati-Matian nyanyian penyanyi Indonesia, Mahalini dimuat naik pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dengan menandai (tagged) akaun Instagaram Puteri Sarah.
Setakat artikel ini ditulis,komen tersebut sudah meraih hampir 7,000 tanda suka dengan rata-rata netizen mengakui sangat memahami sindiran berkenaan bukan sengaja dilakukan.
Yang sana tidak pandai menangis pun mata memang bengkak. Sini masih kekal comel sahaja,” ujar peminat.
“Saya guna cili sebab tidak pandai berlakon menangis betul-betul,” sambut pengikut.
Nasib Bella pandai menangis dan menjiwai watak. Tak macam orang sana tidak pandai berlakon, menangis pun tak cantik,” kata netizen lain.
Sebelum ini Puteri Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut meninggalkan komen berbaur sindiran dalam hantaran Bella seolah-olah ditujukan kepada Ruhainies.
Pada 3 Julai lalu, Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz yang juga bekas suami Bella hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium ibu negara pada 9 Mac lalu.
Menerusi temu bual media, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, mengakui tidak pandai berlakon menitiskan air mata depan kamera semata-mata mahu berpura-pura. – HIBGLAM