NAMA Ayish Malkan mula dikenali selepas video dirinya menyanyikan lagu Setia Ku Di Sini nyanyian Ziana Zain tular di TikTok sekitar dua tahun lalu.
Bagi Ayish kenangan tersebut tidak mungkin terpadam dalam ingatan memandangkan dirinya juga semakin dikenali ramai sekali gus mendapat reaksi luar luar biasa daripada peminat.
Susulan kejayaan itu juga, Ayish kini tampil dengan single baharu bertajuk Cinta Di Cintai yang dihasilkan menerusi gabungan idea NurRasa dan Sheikh Qalam sementara diterbitkan oleh Fillea Music X Sony Music Malaysia.
Jelasnya, dia terbuka hati menerima tawaran menyanyikan Cinta Di Cintai kerana tertarikh dengan melodi selain lirik yang menyentuh perasaan.
“Saya gembira apabila dapat bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang muzik.
“Banyak ilmu baharu yang diperoleh saat mula masuk ke studio rakaman. Setiap patah perkataan mempunyai
maksud dan perlu disampaikan dengan cermat,” katanya.
Video muzik lagu tersebut diadakan di Jakarta, Indonesia sekali gus memberi pengalaman baharu buat Ayish bekerja dengan tenaga produksi berpengalaman.
“Ini juga adalah pengalaman pertama saya dan dapat bekerja dengan kru bagi menjayakan muzik video di negara orang. Saya mengharapkan agar peminat akan puas hati dengan lagu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ayish turut meluahkan hasrat untuk berduet dengan penyanyi wanita popular iaitu Ziana Zain dan Misha Omar.
Jelasnya, kedua-dua penyanyi itu mempunya aura dan tarikan tersendiri selain sentiasa mendapat sokongan daripada peminat seni muzik tanah air.
“Saya mahu menjadi seperti mereka satu hari nanti. Semoga Cinta Di Cintai juga akan mampu membawa nama
saya ke persada muzik tanah air seterusnya menjadi seperti mereka,” kata.
Untuk info, lagu Cinta Di Cintai telah dilancarkan secara rasmi pada 12 Julai lalu di semua platform digital manakala video muzik pula boleh ditonton di YouTube Sony Music VEVO. – HIBGLAM