SEMAKIN mendekatkan diri dengan majlis ilmu, kesediaan pelakon Nora Danish menghadiri sebuah program agama di Kedah pada Oktober depan menggembirakan rakan seperjuangannya, Datin Seri Umie Aida.
Kata Umie atau nama lengkapnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 51, dia teruja kerana sudah lama menunggu detik bermakna itu, sekali gus bersyukur doanya dimakbulkan.
Alhamdulilah bertahun-tahun ku menanti kehadiran mu untuk program Festival Sunnah.
“Akhirnya Nora Danish sudah ‘lock date’ pada 5 Oktober nanti untuk hadir ke Festival Sunnah di Kedah, Insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.
Pada masa sama, Nora dilihat mempromosikan Festival Sunnah 2022 yang bakal diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim menerusi laman sosial milik bintang filem Dukun itu.
Jangan lupa saksikan saya dan Datin Seri Umie Aida di Festival Sunnah, Insya-Allah,” ujar Nora pula.
Difahamkan, Umie dan aktres berusia 42 tahun itu akan memeriahkan acara tahunan tersebut bersama beberapa selebriti lain.
Menerusi semakan dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja serta bersyukur melihat transisi bintang filem Polis Evo 3 itu belajar menutup aurat.
Bahkan ramai mendoakan agar Nora terus istiqamah berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik.
Alhamdulillah, sejuk mata memandang. 1,000 kali lebih cantik dengan berhijab,” kata seorang pengikut.
Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif kebelakangan ini kerap memuat naik foto bertudung yang membuatkan ramai mendoakan imej tersebut dikekalkan. – HIBGLAM