MESKIPUN berusia 51 tahun, penampilan pelakon Wilma Muhammad kelihatan persis anak dara muda trang tang tang.
Mana tidaknya, boleh dikatakan hampir setiap kali dia muncul membuat siaran langsung TikTok, ada sahaja peminat yang memuji kecantikkannya.
Sehingga ada sebilangan menyamakan wajah Wilma dengan bintang terkenal Korea Selatan, Lisa Blackpink.
Menerusi siaran langsung di platform TikTok, peminat memuji wajah awet muda Wilma yang dilihat seperti tidak dimakan usia.
Tidak kurang juga ada yang mengharapkan Wilma diberi peluang untuk membawa watak utama dalam naskhah lebih matang berbanding peranan sebagai ibu.
Mungkin sudah tiba masanya industri hiburan tempatan melakukan perubahan terhadap penghasilan drama tempatan yang bersesuaian dengan pelakon seusia Wilma untuk membawa peranan sebagai pelakon utama.
Diva: Moga diperkenankan Tuhan hasrat Elizabeth Tan nak anak kembar!