4 bintang ‘kimchi’ tak jamah daging

HIDUP ini penuh pilihan, justeru manusia berhak memilih apa yang dirasakan terbaik untuk diri mereka termasuk perihal menjalani gaya hidup.

Selain bersenam, ramai orang termasuk selebriti Korea Selatan lebih memilih untuk menjalani gaya hidup sihat dengan mengamalkan diet vegan.

Istilah diet ‘vegan’ adalah individu yang mengamalkan pemakanan serba hijau selain mengelak daripada memakan daging, ayam serta semua produk berasaskan haiwan termasuk telur dan tenusu.

Kimchi Panas minggu ini menampilkan beberapa selebriti K-pop yang amalkan diet ‘vegan’ atas alasan tersendiri.

Im Soo-jung

Aktres Im Soo-jung juga turut tersenarai dalam Kimchi Panas minggu ini, wanita yang membintangi drama A Tale of Two Sisters itu mengamalkan diet vegan kerana memiliki alergik terhadap daging dan protein haiwan sejak tahun 2015.

Disebabkan itu, dia hanya mengambil makanan serba hijau demi menjaga kesihatannya. 

Meskipun sedikit terseksa, pelakon berusia 45 tahun itu mengakui lama-kelamaan sudah terbiasa dan makin menikmati diet ‘vegan’ aktif mempromosikan gaya hidup sedemikian di Korea.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Soo-jung sering berkongsi informasi mengenai restoran ‘vegan’ yang menarik dan beberapa menu makanan berdasarkan tumbuh-tumbuhan.

Salah satu hidangan kegemarannya adalah adalah piza  daripada beras merah bercampur keju yang diadun khas berasaskan sayur-sayuran.

Honey Lee

Berbeza dengan Hyori, aktres Honey Lee telah membuang terus menu daging daripada pola makanannya selepas membaca buku Beyond Beef karya Jeremy Rifkin yang berkisar tentang keburukan memakan daging.

Wanita berusia 41 tahun itu juga mengamalkan diet ‘vegan’ kerana adiknya mempunyai  intoleransi laktosa atau tidak dapat mencerna makanan atau minuman yang mengandung laktosa, seperti susu atau produk olahannya.

Dia dan ahli keluarganya memutuskan untuk makan makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selain kesihatan lebih terjaga, Honey mengakui bentuk badan dan fizikalnya lebih ideal selepas mengamalkan diet sedemikian.

Yoon Jin-seo

Percaya lebih awet muda dan jelita sekiranya tidak memakan daging membuatkan aktres Yoon Jin-seo mengamalkan diat vegan sejak 10 tahun lalu.

Selain alasan sedemikian, wanita berusia 40 tahun itu tidak makan daging kerana percayakan kajian pakar yang membuktikan risiko seorang ‘vegetarian’ terkena penyakit jantung sangat tipis selain  terhindar daripada penyakit kolesterol tinggi.

Pelakon drama The Fugitive Plan B itu hanya mengambil makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dia juga menerapkan pegangan sama kepada suami dan anak-anak dengan membuang segala menu berasaskan daging haiwan dan hanya memakan makanan tertentu sahaja yang menurutnya kurang risiko mendapat penyakit.

Lee Hyori

Setelah berkahwin dan menetap di Pulau Jeju, penyanyi Lee Hyori mengakui dia antara selebriti yang mengamalkan diet ‘vegan’.

Wanita berusia 45 tahun itu mula tertarik menjadi ‘vegan’ disebabkan timbul rasa cinta yang mendalam terhadap haiwan.

Atas kekhawatiran tersebut, penyanyi itu memutuskan untuk tidak lagi memakan daging dan beralih ke menu serba hijau. 

Selain kasihan terhadap bintang, Hyori menyifatkan makanan berdaging lebih banyak mendatangkan kemudaratan seperti sakit jantung berbanding kebaikan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok