295
TERUJA! Itu perkataan paling tepat bagi menggambarkan perasaan peminat K-Pop selepas mengetahui kumpulan 2NE1 bakal bersatu semula.
Khabar gembira tersebut diumumkan pengasas agensi YG Entertainment, Yang Hyun-suk menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam media sosial.
Menurut Hyun-suk, kumpulan wanita terkenal itu kembali bersatu sempena ulang tahun ke-15 penubuhannya.
Kemunculan semula anggota 2NEI iaitu CL, Dara, Bom dan Minzy akan dimulakan dengan konsert jelajah di Seoul, pada Oktober depan sebelum diteruskan ke Osaka dan Tokyo, Jepun pada November dan Disember.
“Kami kini dalam proses menyesuaikan jadual keempat-empat ahli ini untuk persembahan selanjutnya,” kata Hyun-suk. – HIBGLAM