Umur 60 tahun, Chew Kin Wah okey babak pakai seluar dalam

PELAKON Chew Kin Wah menegaskan babak dia berseluar dalam filem Lubuk hanya sekadar mengikut kehendak skrip.

Chew, 60, yang memegang watak sebagai Lai berkata, perkara tersebut tidak seharusnya menjadi isu malah terbuka untuk melakukan babak tersebut kerana bersesuaian dengan jalan cerita.

“Saya pernah buat babak sebegini sebelum ini cuma tak tunjuk sahaja. Bagi saya tiada apa pun, halalkan? Saya tak bersetubuh dan buat apa-apa.

“Ini perkara kecil sahaja, lagi pun dalam babak itu saya sudah jadi mayat yang mahu dibelah badannya untuk mendapatkan organ dalaman,” katanya kepada HibGlam pada majlis tayangan perdana filem Lubuk baru-baru ini.

Menurutnya, sebagai seorang pelakon professional, dia mengikuti kehendak pengarah dan enggan mempedulikan kecaman netizen.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak mahu meletakkan sebarang syarat apatah lagi mahu dirinya dilayan seperti ‘diva’ di set penggambaran.

“Saya tidak diberitahu awal mengenai babak itu tetapi okey sahaja untuk melakukannya.

“Pengarah beritahu ada babak membelah badan saya.Takkan membelah badan tapi mayat pakai baju pula? Saya tak terkejut pun dan hanya ikut skrip.

“Saya tak boleh jadi ‘diva’ di Malaysia pada usia sekarang. Tak perlu dikecam kerana itu sekadar lakonan dan tidak sama seperti kehidupan sebenar,” ujarnya.

Dalam masa sama, Chew yang kini aktif melebarkan sayap di Indonesia dia tidak kisah dengan babak ebegitu selagi bukan untuk tayangan filem pornografi malah lebih mementingkan keseimbangan Waktu kerja.

“Saya tiada masalah sekiranya dapat tawaran seperti ini lagi asalkan bukan naskhah pornografi.

“Selama ini pun saya tidak letakkan sebarang syarat apabila berlakon, cukup hanya sekadar 12 jam berkerja kerana kesihatan lebih penting,” tuturnya.

Selain Chew, turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Tony Eusoff, Junainah M.Lojong, Megat Shahrizal dan Danish Adam.

Filem genre psiko thriller arahan Mark Lee See Teck yang mengetengahkan isu pemerdangan organ secara haram itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 18 Julai depan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok