Bukan saya, tak pernah pukul wanita – Zul Ariffin

PELAKON popular Zul Ariffin menegaskan dia bukan selebriti yang didakwa memukul kekasih seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Menurut Zul atau Zulkifli Ariffin, 38, dia tidak akan sesekali melakukan kekasaran terhadap wanita kerana tidak dididik oleh keluarganya dengan perbuatan negatif tersebut

Saya pun tak tahu nama panas sebab saya dekat set penggambaran dan cuti hari ini, jadi memang tak tahu mengenai cerita ini.

“Saya rasa tak tahu nak cakap apa, sudah sah bukan diri sendiri.

Saya memang tak ada genetik pukul atau pun angkat tangan pada perempuan,” katanya.

Dalam pada itu, bintang filem Sheriff itu mengakui tuduhan tersebut timbul mungkin disebabkan usianya yang hampir sama dengan pelakon berkenaan.

Bukan itu sahaja, dia turut menyifatkan lelaki yang melakukan kekerasan terhadap kaum wanita tidak wajar dihormati.

“Sekarang banyak lelaki macam itu. Tak berapa nak lelaki sangat, nak buat macam mana?

Saya rasa disebabkan umur itu yang kena petik. Saya ambil peluang beritahu umur saya 38 tahun.

“Sebagai lelaki, saya hilang hormat terhadap lelaki yang angkat tangan kepada perempuan,” ujarnya

Sebelum Zul, pelakon Ammar Alfian terlebih dahulu menafikan dirinya selebriti yang dikatakan menumbuk kekasih seperti dikongsi pihak polis.

Terdahulu, pada 8 Julai lalu media melaporkan seorang wanita membuat laporan dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 petang, semalam.

Menurutnya, mangsa yang merupakan peniaga sudah menjalin hubungan cinta dengan suspek kira-kira lapan bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya selepas berlaku perselisihan faham.

“Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara,” katanya.

Difahamkan, lelaki tersebut kemudian memarahinya sebelum menumbuk mata kiri dan badan mangsa.

Kes disiasat di bawah 323 Kanun Keseksaan katanya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok