244
ANGGOTA kumpulan BTS, Jin akhirnya menamatkan latihan ketenteraannya 12 Jun lalu selepas dua tahun berkhidmat.
Meskipun pihak pengurusannya, Big Hit Entertainment sudah memaklumkan sesi tamat latihan Jin akan dilakukan secara tertutup atas faktor keselamatan, peminat tetap berdegil dan mahu melihat idola kesayangan mereka itu.
Pun begitu, menurut sebuah laporan, mereka tidak berada begitu lama di pekarangan kem tersebut setelah diarahkan untuk pulang.
Jin adalah anggota BTS pertama yang menyertai latihan ketenteraan pada Disember 2022.
Enam lagi anggotanya iaitu J-Hope, Suga, RM, V, Jimin dan Jungkook masih lagi dalam latihan dan akan menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. – HIBGLAM