309
TIADA angin tiada ribut, pelakon Lee Yee-hee mengejutkan ramai peminatnya apabila dilaporkan kini hamil selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Khabar gembira itu seterusnya disahkan oleh agensi aktres terbabit iaitu Saram Entertainment yang meminta peminat mendoakan kesejahteraan Yee-hee dan anak dalam kandungannya.
“Fasa hidup baharu yang berharga telah tiba dalam keluarga Lee Yeon-hee. Empat tahun menunggu, kini dia sudah boleh tersenyum lebar.
“Ucapkan tahniah kepada Yeon-hee dan suami serta ahli keluarga baharu yang akan dilahirkan pada September nanti.
Mohon doakan si ibu dan anak sihat sekali gus dipermudahkan segalanya,” kata agensi tersebut. – HIBGLAM