‘Palestin akan di tangan kita apabila umat Islam bersatu’

KALAU masalah khilaf pun nak gaduh, memang tak dapatlah Palestin jawabnya.”

Demikian jawapan pendakwah bebas, Ustaz Don ketika diajukan soalan mengapa bumi Anbiya, Palestin terus dirosakkan Israel dan tidak diturunkan pertolongan daripada Ilahi.

Kata Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid semuanya sudah tertulis dalam al-Quran bahawa keamanan di Palestin akan berlaku hanya apabila semua umat Islam berganding bahu antara satu sama lain.

Ramai ulama jawab dengan mengatakan, apa yang berlaku kepada Palestin bukan untuk menanti pertolongan Allah semata-mata.

“Apa yang berlaku di sana adalah sebagai pengajaran kepada umat Islam kayu aras kesatuan kita.

“Palestin hanya ada di tangan umat Islam ketika kita semua bersatu,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Jelas Don, 40, tidak jatuh akidah seseorang apabila mempersoalkan mengapa Allah SWT tidak menurunkan pertolongan membantu umat Islam di negara tersebut.

Mestilah ada persoalan sebegini sebab kita manusia, tidak tahu perancangan Allah bagaimana.

“Logik dan tak salah pun apabila seseorang tanya (bila Allah nak bantu Palestin). Jauh sekali akidah kita nak rosak hanya kerana timbul persoalan sebegitu,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya seramai 37,000 orang Palestin terbunuh dan lebih 85,000 cedera sejak 7 Oktober tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok