335
PASTI ramai yang tidak sabar menantikan single terbaharu anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa berjudul Rockstar.
Namun pendekatan pemilik nama Lalisa Manobal itu berkongsi beberapa gambar ‘teaser’ menerima kecaman dan dikatakan cuba meniru gaya orang kulit gelap atau ‘blackfishing’.
Dalam gambar tersebut, Lisa tampil dengan solekan ‘grunge’, berambut potongan ‘wolfcut’ dan menggelapkan tona kulitnya menjadi gelap.
Meskipun dikecam, ada peminat tampil mempertahankan idola kelahiran Thailand itu.
“Dia orang Thailand, kawasan yang menerima sinaran matahari. Normallah dia kembali ke warna kulit asal,” kata peminat. – HIBGLAM