182
KEMUNCULAN pelakon Kim Ji-won dalam sebuah pertemuan bersama peminat baru-baru ini, memang dinanti-nantikan.
Lebih menarik, dia sempat mempersembahkan beberapa buah lagu seperti My House dan Only sekali gus membuktikan kebolehannya menyanyi dan menari kepada umum.
Meskipun terkenal dengan bakat lakonan yang cukup hebat, kali ini pelakon drama Queen Of Tears itu menunjukkan kebolehan membuat persembahan persis seperti idola.
Ji-won juga diharapkan dapat mengeluarkan single sendiri dan ada yang menginginkan dia debut sebagai penyanyi idola. – HIBGLAM