Jadi pelajar, berat badan Seung-yeon naik 8kg

DEMI menjayakan watak supaya lebih berkesan dan realistik, pelakon Gong Seung-yeon terpaksa menambahkan berat badannya sebanyak 8 kilogram menerusi filem Handsome Guys.

Ujar wanita berusia 31 tahun itu, dia ingin watak pelajar sekolah yang digalas dalam naskhah tersebut kelihatan berbeza dan masuk akal.

“Saya mahu menunjukkan sisi yang berbeza daripada kebiasaannya apabila muncul sebagai pelajar kolej. Saya mahu menggambarkan imej yang lebih comel, jadi kena tambah berat badan.

“Saya makan banyak, tidak bersenam, jadi berat badan naik dengan cepat. Usai tamat penggambaran, saya kembali kepada rutin bersenam dan menghilangkan segala lemak yang tidak perlu itu,” kongsinya menerusi satu rancangan temu bual. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok