DENGAN sekali lafaz, penyampai radio Hefny Sahad sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Atiqah pada pukul 5.40 petang semalam.
Pada acara pernikahan secara tertutup yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara tersebut, Hefny atau nama sebenarnya, Mohamed Hefny Sahad, 36, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan.
Dala majlis tertutup yang hanya yang hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat tersebut, Hefy dan Nur Atiqah dinikahkan bapa kepada pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Berita gembira bersama gambar-gambar sepanjang acara pernikahan dikongsikan menerusi Instagram radio Sinar.
Menerusi ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit.
Yeay, Hefny dah jadi suami orang,” tulis aktres Erra Fazira.
Pada masa sama, ada dalam kalangan peminat turut memuji aktor terbabit yang bijak menyempurnakan perjalanan cintanya sehingga tidak dapat dihidu ramai.
Hefny yang juga pelakon filem Operasi X mula menyerlah dalam arena seni selepas bergelar naib juara program pencarian bakat personaliti penyiaran pada 2012.
Antara drama lakonannya termasuk Benci vs Cinta, Nafas, Cintaku di Bumi Izmir, Syurga Tanpa Cinta, Maafkan Jika Aku Tak Sempurna dan Melankolia.
Pengacara yang pernah mengendalikan program Muzik Muzik dan Borak Kopitiam itu menyertai stesen radio Sinar sejak lima tahun lalu. – HIBGLAM