194
TIADA angin tiada ribut, pelakon Han So-hee berkongsi memori lima tahun lalu.
Perkara tersebut dikongsikan menerusi Instagramnya dengan kapsyen, ‘perkara yang terjadi selama lima tahun lalu’ seraya menunjukkan beberapa gambar dan video.
Dia memuat naik foto rambutnya yang panjang sehingga ke pinggang seolah-olah merindui zaman remajanya.
Peminat menjangka So-hee mengimbau kembali zaman di mana dia kurang kontroversi dan namanya masih ‘bersih’ dalam industri. – HIBGLAM