LAMA tak dengar cerita tentang Hafidz Roshdi. Sebelum ini kerap juga berita tentang dia muncul dalam media sosial terutama berkaitan perceraian dengan bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Namun, baru-baru ini muncul pula beberapa video memaparkan Hafidz yang mencuri perhatian Diva.
Bukan video tidak senonoh tetapi memaparkan gelagatnya menari dengan isteri, Athira Yuhada.
Alahai, rupa-rupanya Hafidz ‘sweet’ juga orangnya. Iyalah, jarang suami hendak direkod sebegitu, apatah lagi menari dan dimuat naik dalam media sosial.
Nampak juga ada yang komen negatif dan kecaman yang dilemparkan tetapi Diva rasa biarkan sahaja, mungkin itu cara mereka mencipta bahagia.
Bak kata netizen, jangan nak ‘bitter’ sangat. Setiap orang ada cara masing-masing untuk bergembira dengan pasangan mereka, begitu jua Hafidz.
DIVA: Harap Hafidz hadir ke perbicaraan kes pukul bekas isterinya di mahkamah pada Julai depan ya.