SELEPAS dikecam hebat semalam, syarikat Nilofa Group yang dimiliki oleh pengacara dan usahawan selebriti Neelofa membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikatakan menggunakan imej berbaur ‘soft porn’ pada iklan produk makanan kesihatan untuk mengeratkan hubungan intim suami isteri.
Sedar dengan segala kata-kata negatfi yang dilemparkan, Nilofa Group mengakui timbul salah faham dalam kalangan netizen yang kurang senang dengan penggunaan beberaoa imej kerana dianggap kurang sensitif.
“Assalamualaikum, pihak team Isterix (produk) memohon maaf atas beberapa grafik tertentu yang telah dihasilkan.
“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, syarikat berkenaan dengan rendah hati menerima segala teguran yang diberikan netizen dan berjanji akan menggunakan teknik pemasaran yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat umum.
“Kami terima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini. Pihak kami akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan konten yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang.
“Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua,” ujarnya.
Difahamkan, beberapa imej sensitif yang didakwa berbaur lucah sudah dipadam.
Semalam, kecoh dalam media sosial apabila Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 35, didakwa mempromosikan produk minuman kesihatan khusus buat isteri.
Paling yang membuatkan netizen kecewa adalah foto pada iklan produk berkenaan didakwa menyentuh sensitiviti masyarakat dan tidak sesuai dijadikan sebagai teknik pemasaran.
Antara imej sensitif yang digunakan ialah buah pic yang dikatakan disamakab sebagai alat sulit wanita.
Penggunaan imej sebegitu juga dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang merupakan wanita berhijab dan berpurdah. – HIBGLAM