Fasha Sandha pakai baju semurah RM19 pun cantik

NAMA Fasha Sandha memang tidak pernah sepi daripada menjadi bahan bualan ramai dalam media sosial.

Bukan kerana sebab bentuk badan yang semakin langsing tetapi disebabkan Fasha mendedahkan dia hanya memakai baju RM19.

Meskipun hanya baju tersebut berharga kurang daripada RM20, busana berwarna jingga itu tetapi kelihatan ‘mahal’.

Perkara itu yang turut diakui netizen dan berpendapat Fasha mampu membuatkan sesuatu barang yang murah kelihatan seperti jenama mewah.

Orang cantik macam Fasha ini, pakai baju yang dibeli dari pasar malam pun tetap nampak mahal.

“Sebab Fasha, terus beli baju sama. Harap nampak ‘mahal’ jugak macam dia,” komen netizen.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok