Pernah disangka menghidap tiroid, pempengaruh Kasih Iris Leona memilih untuk menjalani prosedur membuang lemak pada dagunya.
Katanya, rawatan yang disebut sebagai ‘fat melting’ itu dilakukan pakar di sebuah klinik yang bertujuan mengecilkan bahagian berlapis itu.
Hai semua, hari ini saya buat rawatan yang dipanggil ‘fat melting’ (mencairkan lemak) dan mereka baru menyapu krim kebas. Jadi kita tengok hasilnya nanti,” katanya menerusi TikTok.
Anak kepada pelakon Azhar Sulaiman itu yang berkongsi video proses rawatan tersebut turut memperincikan beberapa langkah dilakukan pakar terbabit.
Antaranya adalah memeriksa kawasan lemak di bawah dagu, melukis menggunakan pensil khas, menyuntik serta membalut kawasan bermasalah.
Ujarnya lagi, rawatan berkenaan tidak menyakitkan sekali gus menolak tanggapan awalnya mengenai prosedur berkenaan.
Menerusi ruangan komen, netizen bergurau sesama sendiri apabila saling menyalahkan antara satu sama lain kerana menyifatkan tindakan itu berpunca daripada mereka.
Ini susulan teguran ramai mengenai keadaan leher Leona yang didakwa membengkak seolah-olah menghidap penyakit tiroid.
“Kalian la ni yang tuduh dia ada tiroid. Kan dia nak buang ‘double chin’. Kesian dia,” tulis netizen
Namun sebilangan lagi pengikut menyatakan Leona tidak perlu melakukan prosedur membuang lemak pada dagu berlapisnya kerana sudah sedia cantik. – HIBGLAM