Tiada angin tiada ribut, nama anggota kumpulan Kiss Of Life, Natty meledak dalam media sosial Korea Selatan apabila dikatakan mempunyai bentuk dan proporsi badan yang sempurna.
Idola berusia 22 tahun itu mula dilambung pujian apabila tular sekeping foto ketika berada di lapangan terbang yang mempamerkan pinggang ramping dan kakinya yang panjang.
Dengan saiz wajah yang kecil seiring bentuk badan yang seimbang, rata-rata netizen menyifatkan Natty sebagai idola paling sempurna.
Badan dia sangat ideal, sempurna, kaki dan badan juga sama panjang. Memang Natty idola paling cantik bagi saya,” komen peminat.
“Cantiknya Natty, macam tiada cacat cela, Tuhan memang menciptanya dengan sempurna. Ditambah pula dengan bentuk muka yang kecil, dia memang selayaknya diangkat sebagai idola paling lawa,” kata netizen.