PETALING JAYA – Pernah dicurangi dan membesarkan anak sendirian, pelakon Rita Rudaini menitipkan kata-kata semangat buat Bella Astillah.
Ujar Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 47, pelakon dan penyanyi terbabit perlu terus mara dalam mendepani kehidupan.
Jangan melangkah tapi berlari ke depan,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.
Menerusi hantaran sama, ibu tunggal kepada dua putera yang sudah meningkat remaja itu juga dilihat menyindir seseorang.
Sampah tu biarkan sahaja nanti ‘bandaran’ datang kutip,” ujarnya ringkas.
Kemelut rumah tangga Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, dengan penyanyi Aliff Aziz berakhir pada 13 Jun lalu apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur.
Sebelum itu, isu kecurangan yang dilakukan berulang kali membabitkan bekas suami Bella meraih perhatian ramai.
Rita antara rakan selebriti yang kerap memberikan sokongan ketika Bella melalui fasa sedih berikutan situasi dalam perkahwinannya.
Bahkan pelakon filem Mami Jarum itu menyatakan situasi dilalui wanita asal Sabah itu sama seperti dirinya apabila dicurangi.
Namun katanya, suami enggan melepaskannya yang disyaki sebagai sebahagian daripada taktik licik lelaki menutup kesilapan diri. – KOSMO! ONLINE