Azhar Sulaiman ‘jentik’ majikan zalim

TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba pelakon Azhar Othman memuat naik hantaran berupa peringatan kepada dua usahawan bergelar Datuk agar tidak menganiaya pekerja mereka.

Azhar atau mesra disapa Behar itu nampak tegas dengan kata-kata ditulis biarpun foto dipaparkan dalam hantaran tersebut menampilkan lukisan wajahnya bersama latar pelangi.

Menurut bintang filem Abang 92 itu, kedua-dua mereka wajib membayar gaji pekerja yang memerah keringat demi membangunkan bisnes ahli perniagaan terbabit.

Malah bersempena hari raya Aidiladha, Azhar sempat menyindir mereka agar jangan mengorbankan keluarga sendiri di tangan individu yang marah dan sanggup melakukan kekerasan akibat dizalimi.

Begitupun, dalam perkongsiannya, bapa kepada tiga cahaya mata itu tidak memperincikan butiran atau identiti individu dimaksudkan.

Sebelum ini Azhar lantang mengulas isu semasa selain ‘bersuara’ mewakili individu teraniaya.

MIZZ LAHAR: Ada penganjur persembahan hebat yang belum melunaskan bayaran kru belakang tabir.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok